Nurafrina


Life in UiTM Seremban 3
Monday, February 5 | 1:02 AM
بسم الله الرحمن الرحيم

#Actuarylah 💛

Assalamualaikum everyone! It's been a long long longgggg time since I update my blog. Almost 3 years eh? Alhamdulillah, I finished my diploma already! Ya Allah, I'm 21 this year???? Let me continue with Bahasa cuz I'm in the mood for bebel. Here I go!

Okay, on my last post, I cakap nak post pasal UiTM Seremban 3 for others reference bila diorang dapat UPU in here! Let me tell my journey as a student in UiTM Seremban 3, Kampus Negeri Sembilan.

I'm FSKM students, baru habis Diploma Sains Aktuari. Apa tu Sains Aktuari? If you be an actuary one fine day (so hard + mahsyukkk), you need to calculate premium and risk. Mostly pasal insurance la. You can refer to Institutes and Faculty of Actuaries (IFoA) (https://www.actuaries.org.uk/) for more reference.

Apa yang buat aku nak update pasal UiTM Seremban 3 ni tiba-tiba? I'm preparing myself for degree in UiTM Shah Alam next month, InsyaAllah (results will be out on 27 February 2018). I'm searching for campus life in UiTM Shah Alam but mostly semua dari blog tahun 2010-2013. Ya lah, that time memang orang sibuk dengan dunia blog. Sekarang ada lagi ke yang bother pasal blogging?

Okay sini I nak cerita pasal UiTM Seremban 3. 💓 Kat Negeri Sembilan ni ada 3 je kampus UiTM which are UiTM Kuala Pilah (paling lama), UiTM Seremban 3 (open around 2013/4 if I'm not mistaken) and the latest one UiTM Rembau (paling baru). I masuk UiTM Seremban batch 2015/6. So kira macam sangat baru lagi la. All the facilities memang dabomb gitu! Where to start first?

One day before tinggalkan kampus baru la sempat tangkap gambar depan kolej. 
📷: Atai

Kita cerita pasal kolej dulu la. 🏢 UiTM Seremban 3 ni sangat kecik. Kolej pun ada dua buah je. Satu untuk siswa, Kolej Bendahara Skudai ada 9 tingkat & untuk siswi Kolej Puteri Mayang Selida ada 12 tingkat. Jangan risau adik-adik, mestilah kolej ada lif. Ada 2 pulak tu. Tapi kalau lif rosak, pepandai la korang turun naik tangga. Setiap tingkat ada 36 bilik, ada satu bilik dobi. Toilet kat mana? Toilet dalam bilik ya adik adik. Sangat selesa! Satu bilik ada 4 orang and you ada balkoni dalam bilik sendiri untuk sidai kain. Ya Allah I'm soooo grateful! Punyalah selesa kolej ni. Kat mana lagi you nak cari kolej selesa macam ni?

As you can see, katil, meja study, locker, semua cantik lagi and selesa! This is my side. Takkan nak tangkap gambar the whole room kan? Marah roommate sis nanti.

Dewan makan? Di sini kita panggil Medan Makan Tiga Persukuan tak silap. Alaa tapi kitaorang sebut medan je. Sedap tak? So far tender yang the latest one ni, I suka kedai makcik lauk atas. Sebab banyak lauk and ayam goreng dia sumpah sedap. Ada jual burger, waffle, sizzling, air macam cool blog. Tapi siap la kalau hari Sabtu, pandai pandai la korang menapak luar kampus untuk cari makan sebab mostly kedai tak bukak hari Sabtu. Harapnya next sem makin menarik la ya lauk kat Medan and harga elok sikit. 🙏

Waktu MDS dulu merasa la dengar kuliah subuh dekat Pusat Islam. Waktu MDS je ke? eh?

Pusat Islam? Selesa gila baqhang. Dengan air cond yang sejuk, bersih. Fabulous! 🌟 Kat sini ada kelab i-Saff. Kelab ni sangat aktif buat aktiviti untuk korang kumpul kupon kolej. Eventho korang pergi kuliah maghrib pun, korang free free dapat cop. Pusat Islam sebelah kampus siswa. Selangkah tapak je. Saf tak terbilang tiap kali waktu solat. 

Ada jugak gambar depan FSKM! 💟

Dalam gambar I silang kaki acah kurus atas ni, nampak tak bangunan tinggi 2 buah kat belakang tu? Ha tu la kolej korang! Jalan sikit eh dah sampai fakulti! If korang bangun lambat pun, sempat pergi kelas dengan berbekalkan sepercik air di muka dan kumuhan air liur korang. Kat sini ada 3 je blok fakulti, FSKM, FSPPP & FSR. Nak tau kursus apa yang ada kat sini, boleh refer website UiTM Seremban 3 (https://seremban.uitm.edu.my/index.php/2014-07-21-01-12-42/2014-07-21-08-44-21/hal-ehwal-akademik). Bukak website tu, semua info ada pasal UiTM Seremban 3. I kat sini nak cerita pengalaman je sepanjang 2 tahun setengah kat sini.

Setiap bilik kuliah ada TV LCD tu. So kalau ada presentation memang pasang kat TV, kita dah tak guna projector.

Princess tangkap gambar depan PTAR (library) tapi belakang tu PKP. Ada tasik kalau korang rajin nak jogging tiap petang. Mostly kat tasik ni siswi punya tempat jog.

Next is Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). PKP ni ada kat depan bangunan HEA/HEP. Kalau ada karnival ke apa, memang bukak booth kat sini. Ada jugak booth jual fake makeup. Please girls, JANGAN BELI!! Baik korang pergi drugstore. Alamak dah lari topik. Oh kat PKP ni jugak tempat satu satunya machine ATM Bank Islam. SATU JE! Dari zaman first semester, MPP asyik buat manifesto akan tambah machine ATM tapi dah habis diploma ni memang satu tu je 😤 Kat sini jugak ada 3 Dewan Kuliah utama (TPSU) kalau ada talk, persembahan, ada jugak kelas and makmal komputer.


Macam kat wayang kan? Tapi tidak. Selesa sangat Dewan Kuliah tapi tu lah ada je gatai tangan cabut/conteng meja. Dah besaq pun tak reti guna kemudahan orang dah bagi elok-elok.

Makmal komputer kat sini memang laju internet dia. Sempat la download drama 2 episode 720mp waktu kelas. Boleh jugak lawan DOTA.

Last but not least, padang. Padang UiTM Seremban 3 sangat cantik sampaikan pasukan bola Negeri Sembilan pun practice bola kat sini. Ada jugak court tennis, futsal. Tapi sini I tak tahu lah nak cakap pasal apa. I punya padang bersukan dalam bilik je. Lagipun segan lah nak pergi sini sebab ramai budak FSR. Rasa macam loser gila. Eh tapi jangan risau! FSKM pun active jugak bersukan. Kalau kitaorang yang Diploma Sains Aktuari ni ada kelab SASCOMM. SASCOMM rajin buat aktiviti beriadah macam Zumba 👯 and??? Hahaha tapi jangan risau lagi sekali! Every sem akan ada Actuarial Bonding. Waktu ni la baru geng geng sis akan nampak muka kat padang 😗

Pergi padang pun pakai Baju Korporat ke?

Ada la jugak tangkap gambar dekat depan entrance UiTM Seremban 3 walaupun tak full. 
(Fasihah tudung pink, Farahhin tudung hitam)

So, that's all from me. I hope sedikit sebanyak bantu la jugak siapa tengah buat research pasal campus life di UiTM Seremban 3. Siapa yang dapat duduk kolej, sila lah bersyukur yang teramat sebab korang takkan jumpa kolej yang se-selesa ini. Bila lagi nak datang sini? InsyaAllah waktu convo nanti datang lagi. Doakan for my degree life! Harap sis tabah dan makin rajin waktu degree nanti.

Adios UiTM Seremban 3! 💖🎉🎓

Maghrib view from my room. (Semester 4)

Labels: , , , , , , , ,

Nurafrina